SPIKESS 2018

Home / SPIKESS 2018

Pendahuluan

Usuli Faqih Research Centre PLT (UFRC) berhasrat untuk mengadakan wacana bagi diskusi dan perkongsian ilmu secara intelektual bersama ahli akademik dan para penyelidik serta pihak-pihak yang berkenaan daripada institusi pengajian dan institusi penyelidikan dari dalam dan luar negara.

Seminar kali ini dianjurkan dibawah tema Pengajian Islam, Kemanusian dan Sains Sosial, yang mana tema-tema ini akan merangkumi sebahagian besar bidang pengajian dan penyelidikan yang wujud dalam dunia akademik. Kepelbagaian tema dalam seminar kali ini adalah bagi membuka ruang perbincangan yang merentas bidang pengajian seterusnya boleh membuka peluang dalam menghubungkaitkan diantara satu bidang dengan bidang yang lain.

Sehubungan dengan itu, UFRC berhasrat untuk menganjurkan seminar kali ini dengan meluaskan dan mempelbagaikan tema perbincangan. Ini kerana dengan diadakan seminar sebegini, ia dapat menjadi medan perbincangan antara ahli akademik dan para penyelidik daripada pelbagai latarbelakang kepakaran seterusnya merancakkan lagi aktiviti penyelidikan yang akan menyumbangkan kebaikan dan manfaat kepada agama,masyarakat serta negara. Pada kali ini, UFRC bakal menganjurkan Seminar Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sains Sosial (SPIKESS) 2018 sebagai medium perbincangan ilmiah.


Objektif SPIKESS

Objektif Seminar Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sains Sosial (SPIKESS) 2018 ini dianjurkan adalah:
1. Mewujudkan perkongsian pintar dan dialog intelek dengan para ilmuan dalam bidang Pengajian Islam, Kemanusian dan Sains Sosial ke arah membina sebuah intelektual Islam yang berwibawa dan berwawasan.
2. Bertukar pandangan dan maklum balas mengenai isu-isu semasa yang melibatkan umat Islam di seluruh dunia bagi mewujudkan perpaduan yang mantap di kalangan umat Islam.
3. Menerbitkan hasil-hasil kajian SPIKESS dalam jurnal-jurnal berwasit sebagai rujukan kepada ummah.


Pembentangan Kertas Kerja

Kertas kerja SPIKESS 2018 boleh ditulis dan dibentangkan dalam tiga bahasa:

1. Bahasa Melayu.
2. Bahasa Inggeris.
3. Bahasa Arab.

 

Tema Utama

Ilmu Pemangkin Negara dan Ummah

 

Sub Tema:

Pengajian Islam

  • Syariah.
  • Usuluddin.
  • Al-Quran.
  • Sunnah/Hadis.
  • Bahasa Arab.
  • Dakwah.
  • Tamadun Islam.
  • Pemikiran Islam.
  • Lain-lain topik yang berkaitan dengan Pengajian Islam.

 

Kemanusiaan

  • Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.
  • Agama.
  • Bahasa dan Linguistik.
  • Budaya dan Sosiobudaya.
  • Geografi.
  • Falsafah.
  • Kesusasteraan dan Kesenian.
  • Sains Politik.
  • Sejarah dan Peradaban.
  • Undang-undang.
  • Lain-lain topik yang berkaitan dengan Kemanusiaan.

 

Sains Sosial

  • Falsafah
  • Psikologi
  • Kaunseling
  • Kenegaraan
  • Kepimpinan
  • Sosiologi
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan dan Pentadbiran
  • Ekologi
  • Ekonomi
  • Inovasi
  • Pendidikan Islam
  • Lain-lain topik yang berkaitan dengan Sains Sosial.

 

Yuran

Pembentang Akademik RM 500.00
Pembentang Pascasiswazah RM 400.00
Peserta Individu RM 100.00
Peserta Institusi RM 200.00

 

Yuran merangkumi makan/minum, beg seminar dan penerbitan kertas kerja dalam jurnal berwasit Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies (eISSN: 2289-9944) dan Perdana: International Journal of Academic Research (eISSN: 2600-9463) terbitan Usuli Faqih Research Centre PLT (berdaftar dengan MyJurnal, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia).

 

Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama:

Usuli Faqih Research Centre PLT
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
0505 80100 29117

 

NotaPembayaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 15 Oktober 2018. Bukti pembayaran hendaklah ditunjukkan kepada Urusetia semasa pendaftaran pada hari seminar. Kegagalan berbuat demikian akan dianggap tidak membayar.

 

Jika pembayaran dibuat secara online atau mesin ATM atau pembayaran di kaunter, sila emelkan slip pembayaran ke emel berikutspikessufrc@gmail.com

 


Penerbitan Kertas Kerja

Semua kertas kerja yang diterima untuk dibentangkan dalam SPIKESS 2018 akan diterbitkan dalam salah satu jurnal berwasit berikut (mengikut tema kertas kerja):

1. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies (eISSN: 2289-9944): http://al-qanatir.com

2. Perdana: International Journal of Academic Research (eISSN: 2600-9463): http://perdanajournal.com

 

Nota: Penerbitan kertas kerja SPIKESS 2018 dalam jurnal berwasit di atas tertakluk kepada penilaian dan pembayaran yuran. Semua kertas kerja SPIKESS akan melalui proses penilaian oleh sekurang-kurangnya seorang penilai secara blind review.

 

Kertas kerja SPIKESS 2018 boleh ditulis dan dibentangkan dalam tiga bahasa:

  1. Bahasa Melayu.
  2. Bahasa Inggeris.
  3. Bahasa Arab.

 


Tarikh Penting

Tarikh akhir penghantaran abstrak & kertas kerja penuh:       10 Oktober 2018
Tarikh akhir pembayaran yuran:                                                    15 Oktober 2018
Tarikh seminar:                                                                                  31 Oktober 2018

 

 

Hubungi SPIKESS 2018:

Tel: +6019-644 0815
Emel: spikessufrc@gmail.com